Rabu, 8 Oktober 2014

100 LEMBARAN AKTIVITI BAHASA MELAYU DAN AKTIVITI KREATIF.



Modul terbaharu ini adalah didesign khas untuk guru-guru, jurulatih, ibu bapa, murid-murid dan sebagainya.Lembaran-lembaran ini mengandungi aktiviti kosa kata, tatabahasa dan berunsur ilmu pengetahuan.

Modul ini amat sesuai untuk murid tahun 4 di sekolah rendah hinggalah tingkatan 5 sekolah menengah.

Modul ini dipersembahkan dalam bentuk fail bagi memudahkan guru atau sebagainya untuk membuat salinan. Mudah dan fleksibel, boleh diambil dan diletakkannya semula.

Dalam keadaan sekarang ia amat sesuai untuk guru-guru menyediakan latihan murid lepas UPSR dan program bahasa termasuk minggu atau bulan bahasa. Namun kini, jika guru-guru memiliki bahan ini, anda boleh mengadakan kuiz setiap minggu.

Jika berminat dan ingin mengetahui lanjut tentang 100 LEMBARAN AKTIVITI BAHASA MELAYU DAN AKTIVITI KREATIF ini bolehlah whatsapp/ sms/ telegram nombor 017233 261 3

Ahad, 11 Ogos 2013

200 AKTIVITI DAN PERMAINAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI LUAR






Modul 200 Aktiviti dan Permainan ini didesain untuk memudahkan para guru terutamanya merancang aktiviti kokurikulum di sekolah.
Modul ini sesuai untuk murid sekolah rendah dan menengah mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang serba boleh.
Dengan jumlah 200 aktiviti dan permainan kokurikulum ini bolehlah dijadikan pilihan yang banyak untuk guru merancangan aktiviti kokurikulum.
Jumlah 200 Aktiviti dan Permainan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya team building, alam sekitar, lawatan, kepimpinan, ice breaking, patriotik, bakat, pengurusan, social media/ internet dan lain-lain lagi.
Milikinya sekarang untuk memudahkan anda merancang masa depan anak-anak murid anda.





Isnin, 29 Julai 2013

AKTIVITI DAN PERMAINAN KREATIF BAHASA MELAYU.



AKTIVITI DAN PERMAINAN KREATIF BAHASA MELAYU.
------------------------------------------------------------------------
Buku ini pada mulanya adalah e-book. Dek permintaan yang agak tinggi supaya ia dijadikan sebuah buku, jadi ia telah terhasil menjadi sebuah buku fizikal.
Kandungan buku ini sarat dengan aktiviti dan permainan Bahasa Melayu, Menjurus kepada pengenalan bahasa, kemantapan perbendaharaan kata, penulisan yang menjadikan aktiviti pembelajaran lebih seronok dan ceria.
Sesuai untuk murid Tahun 4 Sekolah Rendah hingga Tingkatan 3 Sekolah Menengah. Sesuai juga untuk aktiviti di dalam kelas dan program motivasi.

Sabtu, 27 Julai 2013

CD Cakna Bahasa Melayu UPSR dan PMR.


+CD Cakna Bahasa Melayu UPSR dan PMR.
+CD ini diolah oleh 2 orang mantan guru cemerlang BM dan 4 orang Munshi Bahasa.
+Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk power point. +Menariknya, dalam CD ini terdapat 637 slide powerpoint.
+Nilai harga CD ini tidak sebesar nilai ilmu di dalamnya.

Hanya RM36 termasuk pos.
Sampel Kandungan CD akan diberikan atas permintaan.

AKTIVITI DAN PERMAINAN PERKHEMAHAN DI SEKOLAH.





Ingin merancang aktiviti dan permainan perkhemahan di sekolah?
Modul ini mengandungi lebih 50 aktiviti dan permainan yang strategik menirus kepada matlamat sesebuah perkhemahan.
Selalunya aktiviti perkhemahan lesu, ibarat hari percutian dan tiada erti malah menghabiskan dana yang tinggi. Tetapi tiada makna.
Modul ini bukanlah solusi hakiki tetapi sebagai akternatif untuk disisip dalam atur cara program perkhemahan di sekolah.
Milikinya sekarang!

BAGAIMANA MEMAHAMI DAN MENGAJAR MURID TENTANG HUKUM D-M?

Jika ada soalan Hukum D-M seperti:

1. Sos Cili atau Cili Sos
Tanyakan kepada murid kita nak pergi kedai nak beli apa? Nak beli sos atau nak beli cili? Sudah tentu murid akan kata nak beli sos, sebab nak beli cili ada buah cili bukan botol sos cili.

2. Bas mini atau mini bas?
Tanyakan kepada murid, kita nak nak bas atau nak naik mini? Sudah tentu nak naik bas jadi hukum d-m yang betul adalah naik bas.

3. Restoran Ali atau Ali Restoran?
Kita nak pergi makan nak pergi ke restoran atau Ali? Sudah tentu nak pergi restoran. Bukan nak jumpa Ali.

4. Pisang Goreng atau Goreng Pisang?
Tanya murid. kita nak makan apa? Makan pisang atau makan goreng?Sudah tentu makan pisang, jawapannya pisang goreng.

5. Rendang Daging atau Daging Rendang?
Tanya murid, kita nak makan rendang atau daging? Sudah tentu jawapannya nak makan rendang. Jadi jawapannya adalah rendang daging.

Jumaat, 29 Mac 2013

SIAPA PANTAS?

    Salah satu permainan yang bermakna bagi meningkatkan 'kepakaran' murid dan pelajar adalah pertandingan mencari maksud perkataan di dalam kamus.

    Objektif :
    1. Meningkatkan kemahiran murid/ pelajar menggunakan kamus.
    2. Meningkatkan pengetahuan kosa kata murid/ pelajar.
    3. Meningkatkan kecekapan ejaan murid/ pelajar.

    Penglibatan : Semua murid/ pelajar.
    Tempat : Kelas
    Masa :30 - 60 minit
    Material : Kamus (Bukan elektronik)

    Perlaksanaan :
    1. Setiap murid/ pelajar mempunyai kamus. (Berbeza jenis diterima)
    2. Guru menyebut satu perkataan, murid/pelajar mencari di dalam kamus.
    3. Murid /pelajar yang paling cepat dan tepat dipilih sebagai pemenang.
    4. Sebaiknya, guru memilih dan mencari maksud perkataan terlebih dahulu.
    5. Boleh dibuat berulang kali sebaiknya ada hadiah atau ganjaran diberikan kepada pemenang.

    Kesimpulan.
    Kamus seharusnya menjadi rujukan bagi meningkatkan kecekapan berbahasa. Pastikan murid/ pelajar tidak meminggirkan kamus apabila berbahasa.