Isnin, 24 Disember 2012

IDEA PERTAMA


Idea saya dalam menjayakan transformasi pendidikan dan pentarbiahan. Saya mengimpikan satu sistem pendidikan luar dari biasa yang melahirkan generasi moden yang cemerlang.

Idea pertama saya memperjudikan hidup saya bagi menumpukan kepada membelambakkan aktiviti dan permainan islami di dunia. Namun idea pertama bersama Tuan Yusry ini bukanlah idea islami tetapi bersifat umum bagi memudahkan proses transformasi pendidikan negara.

TEMPAH SEKARANG! 
 
Bahan aktiviti & permainan bagi menjadikan ko-kurikulum lebih menyeronokkan.

Alhamdulillah. Unit R&D CREATIVE SIFU akan mengeluarkan buku aktiviti dan permainan yang terbaru. Buku ini akan dijual dengan harga RM100.

Amat sesuai untuk golongan guru, trainer, ibu bapa, pelajar universiti dan lain-lain.

Bagi 200 pembeli pertama kami menawarkan diskaun 20%. Jika berminat emelkan

1. NAMA:
2. NO TEL:
3. ALAMAT E-MEL:
4. SEKOLAH/INSTITUSI:

kepada creative.sifu@live.com subjek '365 AKTIVITI & PERMAINAN KO-KURIKULUM'.

Sabtu, 22 Disember 2012

IBU BAPA PERLU UBAH MENTALITI.

 
  
'Ali, belajar rajin-rajin, nanti selepas masuk Universiti, kerja elok-elok boleh belikan mak dan ayah rumah baru dan hantar mak ke Mekah'

Kata-kata inilah yang sering diperkatakan kepada anak-anak pada zaman dahulu sebagai motivasi kepada anak-anak mereka. Namun kata-kata ini tidak sesuai diperkatakan alaf baharu ini. 

Jika dahulu sekitar tahun 70an-akhir 90an. Kata-kata ini memang amat sesuai sebagai alat motivasi kepada anak-anak. Namun kini ibu bapa perlu mengubah pendekatan kerana kata-kata ini akan menjadi tekanan kepada anak-anak.

Masakan tidak, berapa ramai graduan dan lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan mengikut kelulusan mereka. Sehinggakan pada awal tahun 2012, pihak kerajaan membuka peluangan dengan mengutamakan lepasan ijazah untuk memohon jawatan setaraf SPM. Ditambah, KPLI tidak lagi ditawarkan kecuali Program J-Qaf.

Mentaliti ibu bapa perlu diubah kepada memberikan perangsang kepada anak-anak dengan menekankan kepada ketidakbergantungan kepada ibu bapa itulah yang amat penting. Katakan kepada anak-anak, Ali belajar rajin-rajin, selepas berjaya nanti, jadilah ayah, anak dan suami yang bertanggungjawab.


Jumaat, 21 Disember 2012

PMR: KEJARILAH KUALITI BUKAN KUANTITI.

Tahniah, kepada mereka yang berjaya dalam Peperiksaan PMR yang baru diumumkan baru-baru ini. Kejayaan yang sebenarnya adalah kejayaan menjadikan diri tidak bergantung kepada orang lain. Tidak kira anda mendapat 8A dan 9A mahupun 1A atau tidak ada A.

Paling penting bagaimana anda beraksi apabila anda meninggalkan dunia akademisasi nanti. Kadang-kadang mereka yang mendapat 9A atau 8A ini tidak sehebat mereka yang mendapat 1A atau sewaktu dengannya kerana mereka menjadikan hidup mereka lebih berdikari dek belajar daripada kegagalan sebelum ini.

Jika hidup lebih mengharapkan orang lain berbanding yakini diri bermakna anda tidak mencerminkan diri anda sebenar. Saya tidak memihak kepada mereka yang tidak mendapat kecemerlangan tetapi kadang-kadang prihatin kepada mereka yang belum berjaya ini.

Di dada akhbar lebih fokus kepada rakyat pelajar yang cemerlang. Media, sekolah, guru-guru, ibu bapa malah rakan-rakan lebih prihatin kepada murid yang berjaya berbanding mereka yang belum berjaya padahal mereka yang mendapat 8A dan 9A belum dikatakan berjaya lagi.

saya katakan berusahalah menjadi seorang yang berkualiti berbanding mereka yang berkuantiti.