Jumaat, 29 Mac 2013

SIAPA PANTAS?

    Salah satu permainan yang bermakna bagi meningkatkan 'kepakaran' murid dan pelajar adalah pertandingan mencari maksud perkataan di dalam kamus.

    Objektif :
    1. Meningkatkan kemahiran murid/ pelajar menggunakan kamus.
    2. Meningkatkan pengetahuan kosa kata murid/ pelajar.
    3. Meningkatkan kecekapan ejaan murid/ pelajar.

    Penglibatan : Semua murid/ pelajar.
    Tempat : Kelas
    Masa :30 - 60 minit
    Material : Kamus (Bukan elektronik)

    Perlaksanaan :
    1. Setiap murid/ pelajar mempunyai kamus. (Berbeza jenis diterima)
    2. Guru menyebut satu perkataan, murid/pelajar mencari di dalam kamus.
    3. Murid /pelajar yang paling cepat dan tepat dipilih sebagai pemenang.
    4. Sebaiknya, guru memilih dan mencari maksud perkataan terlebih dahulu.
    5. Boleh dibuat berulang kali sebaiknya ada hadiah atau ganjaran diberikan kepada pemenang.

    Kesimpulan.
    Kamus seharusnya menjadi rujukan bagi meningkatkan kecekapan berbahasa. Pastikan murid/ pelajar tidak meminggirkan kamus apabila berbahasa.

    IKTIBAR

    Menonton Astro Oasis cereka bertajuk Rahmat...Ana nak susu, pengajarannya...
    Sesungguhnya orang yang dilahirkan kaya bermewah-mewahan tidak akan memahami dan mengerti apakah maksud kesusahan dan penderitaan. Gambaran kesusahan dalam minda orang yang dilahirkan kaya tidak sama dengan realiti sebenar kerana mereka tidak pernah merasai kesusahan yang sebenar.

    Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang-orang berharta perlu menjadi bahu yang memikul bukan menjadi hanya mata yang memandang.

    Pemimpin yang dilahirkan kaya raya perlu memahami kesusahan sebenar yang dialami rakyat jelata. Inilah kepincangan, niat ingin membantu tetapi cara dan kaedahnya kurang tepat kerana mereka memahami kesusahan itu dalam kacamata sendiri bukan daripada kacamata 'kesusahan' itu sendiri.

    Lihat sahaja Saidina Umar, menyamar menjadi rakyat biasa untuk memahami kesusahan dalam erti kata sebenar. Orang yang miskin akan berubah apabila menjadi kaya manakala orang kaya pula akan berubah apabila miskin. Sesiapa sama sahaja kerana kita dilahirkan daripada tempat yang sama dan mati ke tempat yang sama.

    Khamis, 28 Mac 2013

    EKSPERIMEN MODUL IQRA'.

    Nabil (Kanan) dan Ammar (kiri) sedang tekun membaca modul teknik Iqra'

    Eksperimen pengajaran A,B dan C mengikut teknik IQRA' saya lakukan kepada kedua-dua anak soleh saya yang berumur 4 dan 5 tahun. Teknik ini saya rasakan amat sesuai semasa saya mengajar IQRA' kepada kedua-dua anak saya, saya rasakan teknik tersebut mempercepatkan mengenal dan membaca Al-Quran.

    Saya aplikasi teknik ini dalam mengajar anak-anak saya belajar membaca. Jelas, setelah 7 hari, kedua-dua anak saya hampir berjaya mengenal huruf A-Z. Saya menjangkakan, insyaa Allah anak saya akan berjaya membaca selewat-lewatnya 3 bulan.

    Sekarang ini anak saya hampir menamatkan buku 1, dan saya sedang membuat buku 3. Apabila modul ini selesai dan dilihat berjaya, saya akan kongsikan kepada umum. Doakan.