Ahad, 11 Ogos 2013

200 AKTIVITI DAN PERMAINAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI LUAR






Modul 200 Aktiviti dan Permainan ini didesain untuk memudahkan para guru terutamanya merancang aktiviti kokurikulum di sekolah.
Modul ini sesuai untuk murid sekolah rendah dan menengah mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang serba boleh.
Dengan jumlah 200 aktiviti dan permainan kokurikulum ini bolehlah dijadikan pilihan yang banyak untuk guru merancangan aktiviti kokurikulum.
Jumlah 200 Aktiviti dan Permainan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya team building, alam sekitar, lawatan, kepimpinan, ice breaking, patriotik, bakat, pengurusan, social media/ internet dan lain-lain lagi.
Milikinya sekarang untuk memudahkan anda merancang masa depan anak-anak murid anda.





Isnin, 29 Julai 2013

AKTIVITI DAN PERMAINAN KREATIF BAHASA MELAYU.



AKTIVITI DAN PERMAINAN KREATIF BAHASA MELAYU.
------------------------------------------------------------------------
Buku ini pada mulanya adalah e-book. Dek permintaan yang agak tinggi supaya ia dijadikan sebuah buku, jadi ia telah terhasil menjadi sebuah buku fizikal.
Kandungan buku ini sarat dengan aktiviti dan permainan Bahasa Melayu, Menjurus kepada pengenalan bahasa, kemantapan perbendaharaan kata, penulisan yang menjadikan aktiviti pembelajaran lebih seronok dan ceria.
Sesuai untuk murid Tahun 4 Sekolah Rendah hingga Tingkatan 3 Sekolah Menengah. Sesuai juga untuk aktiviti di dalam kelas dan program motivasi.

Sabtu, 27 Julai 2013

CD Cakna Bahasa Melayu UPSR dan PMR.


+CD Cakna Bahasa Melayu UPSR dan PMR.
+CD ini diolah oleh 2 orang mantan guru cemerlang BM dan 4 orang Munshi Bahasa.
+Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk power point. +Menariknya, dalam CD ini terdapat 637 slide powerpoint.
+Nilai harga CD ini tidak sebesar nilai ilmu di dalamnya.

Hanya RM36 termasuk pos.
Sampel Kandungan CD akan diberikan atas permintaan.

AKTIVITI DAN PERMAINAN PERKHEMAHAN DI SEKOLAH.





Ingin merancang aktiviti dan permainan perkhemahan di sekolah?
Modul ini mengandungi lebih 50 aktiviti dan permainan yang strategik menirus kepada matlamat sesebuah perkhemahan.
Selalunya aktiviti perkhemahan lesu, ibarat hari percutian dan tiada erti malah menghabiskan dana yang tinggi. Tetapi tiada makna.
Modul ini bukanlah solusi hakiki tetapi sebagai akternatif untuk disisip dalam atur cara program perkhemahan di sekolah.
Milikinya sekarang!

BAGAIMANA MEMAHAMI DAN MENGAJAR MURID TENTANG HUKUM D-M?

Jika ada soalan Hukum D-M seperti:

1. Sos Cili atau Cili Sos
Tanyakan kepada murid kita nak pergi kedai nak beli apa? Nak beli sos atau nak beli cili? Sudah tentu murid akan kata nak beli sos, sebab nak beli cili ada buah cili bukan botol sos cili.

2. Bas mini atau mini bas?
Tanyakan kepada murid, kita nak nak bas atau nak naik mini? Sudah tentu nak naik bas jadi hukum d-m yang betul adalah naik bas.

3. Restoran Ali atau Ali Restoran?
Kita nak pergi makan nak pergi ke restoran atau Ali? Sudah tentu nak pergi restoran. Bukan nak jumpa Ali.

4. Pisang Goreng atau Goreng Pisang?
Tanya murid. kita nak makan apa? Makan pisang atau makan goreng?Sudah tentu makan pisang, jawapannya pisang goreng.

5. Rendang Daging atau Daging Rendang?
Tanya murid, kita nak makan rendang atau daging? Sudah tentu jawapannya nak makan rendang. Jadi jawapannya adalah rendang daging.

Jumaat, 29 Mac 2013

SIAPA PANTAS?

    Salah satu permainan yang bermakna bagi meningkatkan 'kepakaran' murid dan pelajar adalah pertandingan mencari maksud perkataan di dalam kamus.

    Objektif :
    1. Meningkatkan kemahiran murid/ pelajar menggunakan kamus.
    2. Meningkatkan pengetahuan kosa kata murid/ pelajar.
    3. Meningkatkan kecekapan ejaan murid/ pelajar.

    Penglibatan : Semua murid/ pelajar.
    Tempat : Kelas
    Masa :30 - 60 minit
    Material : Kamus (Bukan elektronik)

    Perlaksanaan :
    1. Setiap murid/ pelajar mempunyai kamus. (Berbeza jenis diterima)
    2. Guru menyebut satu perkataan, murid/pelajar mencari di dalam kamus.
    3. Murid /pelajar yang paling cepat dan tepat dipilih sebagai pemenang.
    4. Sebaiknya, guru memilih dan mencari maksud perkataan terlebih dahulu.
    5. Boleh dibuat berulang kali sebaiknya ada hadiah atau ganjaran diberikan kepada pemenang.

    Kesimpulan.
    Kamus seharusnya menjadi rujukan bagi meningkatkan kecekapan berbahasa. Pastikan murid/ pelajar tidak meminggirkan kamus apabila berbahasa.

    IKTIBAR

    Menonton Astro Oasis cereka bertajuk Rahmat...Ana nak susu, pengajarannya...
    Sesungguhnya orang yang dilahirkan kaya bermewah-mewahan tidak akan memahami dan mengerti apakah maksud kesusahan dan penderitaan. Gambaran kesusahan dalam minda orang yang dilahirkan kaya tidak sama dengan realiti sebenar kerana mereka tidak pernah merasai kesusahan yang sebenar.

    Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang-orang berharta perlu menjadi bahu yang memikul bukan menjadi hanya mata yang memandang.

    Pemimpin yang dilahirkan kaya raya perlu memahami kesusahan sebenar yang dialami rakyat jelata. Inilah kepincangan, niat ingin membantu tetapi cara dan kaedahnya kurang tepat kerana mereka memahami kesusahan itu dalam kacamata sendiri bukan daripada kacamata 'kesusahan' itu sendiri.

    Lihat sahaja Saidina Umar, menyamar menjadi rakyat biasa untuk memahami kesusahan dalam erti kata sebenar. Orang yang miskin akan berubah apabila menjadi kaya manakala orang kaya pula akan berubah apabila miskin. Sesiapa sama sahaja kerana kita dilahirkan daripada tempat yang sama dan mati ke tempat yang sama.

    Khamis, 28 Mac 2013

    EKSPERIMEN MODUL IQRA'.

    Nabil (Kanan) dan Ammar (kiri) sedang tekun membaca modul teknik Iqra'

    Eksperimen pengajaran A,B dan C mengikut teknik IQRA' saya lakukan kepada kedua-dua anak soleh saya yang berumur 4 dan 5 tahun. Teknik ini saya rasakan amat sesuai semasa saya mengajar IQRA' kepada kedua-dua anak saya, saya rasakan teknik tersebut mempercepatkan mengenal dan membaca Al-Quran.

    Saya aplikasi teknik ini dalam mengajar anak-anak saya belajar membaca. Jelas, setelah 7 hari, kedua-dua anak saya hampir berjaya mengenal huruf A-Z. Saya menjangkakan, insyaa Allah anak saya akan berjaya membaca selewat-lewatnya 3 bulan.

    Sekarang ini anak saya hampir menamatkan buku 1, dan saya sedang membuat buku 3. Apabila modul ini selesai dan dilihat berjaya, saya akan kongsikan kepada umum. Doakan.

    Ahad, 17 Februari 2013

    COUCHING MENULIS KARANGAN UPSR

    Saya hampir siap membina modul 'Seronok Menulis Karangan'. Modul ini adalah modul 4 jam daripada pukul 9-1 tengahari. Modul ini bukan hanya untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menulis karangan tetapi juga meningkatkan keyakinan murid menulis karangan sehinggakan mewujudkan sifat seronok apabila menulis karangan.

    Program ini didesain untuk meningkatkan kemahiran memberikan idea, meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata, kemahiran menulis ayat dan menulis karangan lengkap. Program ini diselitkan aktiviti dan permainan selain fokus kepada penulisan karangan.

    Selain itu, kandungan program ini bukan hanya dijalankan di program tersebut tetapi dijalankan semasa tuisyen yang saya anjurkan. Tuisyen lain daripada yang lain ini, sarat dengan aktiviti dan permainan bahasa. Namun tuisyen ini hanya dijalankan di sekitar Sungai Petani sahaja. Hubungi 017-2332613. Anda akan belajar lain daripada yang lain.